Wednesday, December 24, 2008

Plaza Paya Bunga tidak selesai, kerajaan jaja Paya Bunga Square pula



Hampir empat puluh orang peniaga merasa kesal dan kecewa kerana ruang niaga di kompleks Plaza Paya Bunya, bersebelahan Terminal bas Kuala Terengganu, yang dibeli sejak 10 tahun lalu hingga kini masih belum dapat diduduk

Kerajaan Barisaan Nasional (BN) Terengganu dibawah pimpinan Idris Jusoh yang memerintah sepenggal lalu gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Para peniaga terbabit yang terpaksa menanggung kerugian sejak sekian lamanya. meski pun ’janji-janji’ telah diuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw

Kompleks Plaza Paya Bunya itu sepatutnya telah dibuka pada 12 September 2007 lalu tetapi terbengkalai oleh pemajunya, ABI Construction Sdn. Bhd yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Meski pun Kuala Terengganu telah mencapai status bandaraya pada 1 Januari 2008 lalu namun masih gagal menyelesaikan masalah warga kota Bandaraya Kuala Terengganu.

Dalam keadaan masalah Kompleks Paya Bunga belum selesai, pada saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum lalu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh melancarkan pula sebuah projek berhampiran yang dipanggil Paya Bunga Square yang berada tidak lebih 200 meter dari Plaza Paya Bunga.

Pada 27 Februari lalu, Majlis Pecah Tanah Paya Bunga Square, yang memakan belanja RM 95 juta, Idris Jusoh dengan megah berkata “dengan perlaksanaan kompleks berkenaan, rakyat Terengganu akan memperolehi sebuah lagi projek mega selain Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man.”


Plaza Paya Bunga tidak selesai, kerajaan jaja Paya Bunga Square pula

Kuala Terengganu, 6 Dis – Sekumpulan 15 orang peniaga Cina (Tionghua) Kuala Terengganu, menuntut janji kerajaan BN Terengganu

untuk menyiapkan segera pembinaan Plaza Paya Bunga dan membuka plaza tersebut bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan diatas premis ruang yang telah mereka beli sejak tahun1997.

Kerajaan UMNO/BN Terengganu pada zaman Wan Mokhtar telah membina Plaza Paya Bunga secara usahasama diantara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Teregganu (PERMINT) dengan pihak swasta, Abi Construction Sdn Bhd. Tapak tanah bangunan Plaza Paya Bunga adalah milik kerajaan yang diserahkan kepada PERMINT.

Abi Construction menjadi pemaju kepada projek yang bernilai RM 80 juta itu pada tahun 1996, yang dijanka akan siap pada penghujung 1997. Namun begitu, apabila negara mula mengalami krisis matawang pada pertengahan 1977, Abi Construction telah gagal menyambung kerja-kerja pembinaan Plaza tersebut.

Tawaran penjualan lot-lot ruang niaga Plaza Paya Bunga telah dikeluarkan pada tahun 1997. Encik Chang Pok Kiun, pemilik kedai jahit Supreme (berhampiran Plaza Perdana), antara 30 orang peniaga yang telah membeli lot-lot didalam premis Plaza Paya Bunga.

..... En Chang menunjukkan dokumen pembelian

Beliau telah membeli sebuah ruang niaga berukuran 469 kaki persegi dengan harga RM 328,300.00. Walaupun pembinaan telah terhenti pada 1998, Encik Chang terpaksa membayar terus pembiayaan bulanan kepada pihak bank berjumlah RM 2,100 sebulan.

Encik Chang bersama dua orang rakannya, Encik Heng Jee Nam dan Encik Lim Eng Keong memberitahu Buletinonline hari ini, mereka telah mngalami banyak kerugian sejak pembinaan Plaza Paya Bunga tergendala. Mereka mewakili 15 orang peniaga Cina yang telah membeli ruang niaga di Plaza Paya Bunga.

“Saya sudah bayar habis, tapi tak boleh masuk berniaga” jelas Encik Lim yang membeli lot ruang niaga yang lebih kecil.

“Dulu mula-mula janji siap satu tahun, pasal ada krisis 1997, tak siap. Tak apalah kita faham. Tapi sekarang sudak baik, business sudah jalan, apa pasal Abi Construction tak boleh siapkan lagi” tambah Encik Lim.

....... Encik Lim Eng Keong

“Sudah berapa kali dia cakap tak betul, bohong. Tahun 2005, dalam itu RTM punya interview, dia cakap satu bulan saja akan siap. Sampai sekarang, janji lagi. Dia kata satu hari sebelum puasa akan siap” tambah Encik Chang, merujuk kepada kenyataan Idris Jusoh dan juga En. Toh (ADUN Bandar) yang masing-masing mewakili kerajaan negeri Terengganu, telah berjanji untuk menyiapkan plaza tersebut secepat mungkin.

Pada tahun 2005, Abi Construction Sdn Bhd telah mendapat pembiayaan tambahan sebanyak RM 18 juta bagi mnyiapkan bangunan yang tergendala itu. Namun sudah dua tahun berlalu, Plaza Paya Bunga masih belum boleh diduduki oleh para peniaga.